Resepi Biskut Frambozen Kenari
Bahan-Bahannya :
500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula caster
Sedikit jem ( gunakan jem blackcurrant lagi sedap )
Bahan Taburan :
Badam hiris
Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :
120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung
Nota : Pantang larang topping; Jangan terkena sebarang minyak atau butter, nanti kuih bantut
Cara Membuatnya :
1.Gula caster dan tepung digaul rata.
2. Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
3. Canaikan adunan dalam loyang 9 x 12 x 1.
4. Rata-ratakan dan dilubangkan dengan garpu.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C atau 170'C selama 10 - 12 minit atau hingga kekuningan.
6. Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 10 minit.
7. Biskut ini dipotong semasa panas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment