Resepi Blueberry Crepe
Bahan-bahan- Adunan Crepes
- 3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
- 4 sudu besar rata tepung kastard
- 4 sudu besar rata tepung jagung
- 2 sudu besar rata tepung ubi
- 3 biji telur-di kocok2 je
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar gula halus
- 1/4 sudu teh garam
- 250 ml susu cair- suhu bilik
- 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
- Pewarna purple- optional
Cara-cara
- Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
- Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
- Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
- Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
- Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
-Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan utk Inti
- 1 cawan non dairy whip cream
- Blueberry filling secukupnya
Caranya.
- Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
- Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.
Cara Penyediaan
- Kepingan crepe ~ secukupnya
- Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
- Blueberry filling- secukupnya~ s
- Letakkan sekeping crepe
- Letakkan non dairay whip cream di atasnya
- Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
- Tutup kembali denga non dairy whip cream
- Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
- Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin
Kredit http://yatiememories.blogspot.com
Resepi Cake Pop
Resepi cake pop sedap
Bahan-bahan ( 20 biji ++ )
Lebihan Kek (apa2 perisa pun boleh)
50g butter (unsalted)
Sprinkle warna warni
Batang Lolipop / Lidi Sate dalam ukuran 15cm
Chocolate (dairy choc / dark choc / white choc)
Kotak polistrene
1.5 tbsp Shortening / butter
Bahan-bahan hiasan yang digemari ikut kreativiti masing-masing. (contohnya)
1- Badam Hancur (mesti dibakar dulu badamnya)
2- Sprinkle warna-warni
3- Chocolate rice
4- Eadible Beads
5- Smarties / M&M
Cara-cara
- Hancurkan2 kek dengan menggunakan jari. Masukkan butter dah gaul hingga kek jadi moist.
- Amik segenggam kek yg dah digaul dengan butter tadi, bentukkan bulat. Teruskan sehingga habis. Maka base Cake Pop Anda dah pun siap.
- Sejukkan Cake Pop yang dah dibentuk bulat-bulat tadi dalam peti ais selama 2 jam. (gunakan ruang simpanan biasa, tak perlu dimasukkan dalam freezer). Tujuannya adalah supaya adunan kek yang dah dibentukkan tadi jadi betul2 pejal.
- Setelah 2 jam, sekarang dah bolehlah memulakan proses menghias Cake Pop anda.
- Cairkan chocolate menggunakan kaedah double boiling. Setelah chocolate 75% mencair, tutup api dan 0 masukkan shortening ataupun butter dan kacau menggunakan sudu sampai semua bahan cair.
- Keluarkan Cake Pop yang disejukkan tadi daripada peti ais. Ambil Satay Stick ataupun batang lolipop dan cucukkan pada cake pop. Cake Pop anda akan kelihatan seperti lolipop.
- Ambil satu cake pop yang telah dicucuk td, pegang batangnya. Tuangkan 1 sudu chocolate cair ke bahagian cake pop sehingga chocolate menyaluti Cake Pop tersebut. Sebelum chocolate mulai mengeras, taburkan sprinkle dan kacang ikut kreativiti anda.
- Cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polisterine supaya chocolate boleh mengeras sepenuhnya.
- - - Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
- Cake Pop anda dah siap dihias! Boleh juga dibungkus dengan plastik dan dinikmati bersama yang tersayang waktu menonton TV.
Subscribe to:
Posts (Atom)
