Resepi Biskut Bunga Zahra


Biskut Bunga Zahra

BAHAN - BAHANNYA

250 gram mentega (che mat guna golden churn)
75 gram gula aising, diayak
1 kuning telur gred A
330 gram tepung gandum*
45 gram tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
50 gram kelapa panggang (toasted coconut, contoh di sini), kisar halus
70 gram badam kisar
70 gram nestum, kisar halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Kuning telutr, untuk disapu atas biskut
Coklat M&M secukupnya

CARA MEMBUATNYA

Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur, garam dan esen vanilla, putar rata, sementara itu, satu kan tepung yang diayak tadi bersama kelapa panggang kisar, serbuk badam dan nestum yang dikisar, gaul rata.

Perlahankan kelajuan, masukkan bahan2 kering yang disatukan tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang boleh dicanai. Matikan mesin, bulat2kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan, bertujuan untuk mengelakkan doh masuk angin dan menjadi keras.

Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian doh, canai diantara 2 lapisan plastik hingga mendapat ketebalan 1/2 cm. Terap dengan acuan kegemaran anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.

Sapu kuning telur atas biskut dan taruk sebiji coklat M&M dibahagian tengahnya, buat hingga selesai dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C, selama 20 - 25 minit. Selepas 10 minit anda bakar, pusing2kan dulang pembakar agar biskut masak sekata.

Bila biskut keperangan, keluarkan dari oven dan biar 1-2 minit atas dulang pembakar. Kemudian alihkan biskut atas jaringan, biar sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...Selamat mencuba!!.

No comments:

Post a Comment