Resepi Biskut Dahlia Coklat


Resepi Biskut Dahlia Coklat

Bahan-Bahan:
300g mentega
220g gula ising
240g tepung gandum*
100g tepung jagung*
160 gram tepung kastard*
35g serbuk koko*, saya guna jenama Van Houten
Manik gula berwarna untuk hiasan
2 kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuat:

Ayak bahan bertanda *
Panaskan oven kepada 170 darjah celsius.
Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga adunan menjadi sebati.
Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mendapat doh yang sekata. Rehat doh selama 10-15 minit di dalam peti ais.
Keluarkan doh dan terap menggunakan acuan kuih dahlia. Hiaskan dengan taburan manik gula berwarna dan bakar selama 12-15 minit. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Tips
Pastikan kuih tidak terlebih dibakar kerana ia akan cepat menghasilkan rasa sedikit pahit.
Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...