RESEPI BISKUT JEJARI NESTUM SUSU


BISKUT JEJARI NESTUM SUSU

Bahan-Bahan:

Bahan A
250 gm buttercup
¾ cwn gula aicing
2 cawan nestum
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Bahan B
Gula aising secukupnya
Susu tepung secukupnya

Cara penyediaan

1. Pukul butter dan gula sehingga sebati.

2. Masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Masukkan nestum, gaul lagi dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.

3. Bentukkan seperti jejari atau bentuk ikut suka. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 10 - 15 minit.

4. Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan Bahan B

Nota:Sy menggunakan susu tepung Everyday atau kalian boleh juga menggunakan susu tepung Dutch Lady Madu

No comments:

Post a Comment