Video Resepi Biskut Suji Pelangi senang dan sedap! Bahan2 pon sikit jek~
Video Resepi Tart Nenas Gulung
Resepi Tart Nenas Gulung, adalah antara kuih raya yang paling popular dan disukai ramai. Tart ini sangat sedap, gebu dan cair di mulut. Sila tonton video untuk melihat cara-cara membuat Tart Nenas Gulung
Resepi Biskut Jejari Oats
Resipi ini untuk satu adunan yang boleh menghasilkan lebihkurang 50 biji biskut Jejari Oats
Bahan A
225 gm butter
125 gm gula kastor
1 biji kuning telor
1 sdt esen vanilla
Bahan B
20 gm tepung kastard
250 gm tepung gandum
75 gm tepung jagung
100 gm quaker oat atau roll oat
2 sudu besar serbuk coco
Hiasan : 100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar (ayakkan untuk bersatu)
Cara-cara
Putar gula dengan butter hingga sebati
Ayak bersama kesemua jenis tepung dan serbuk koko, masukkan oat.
Masukkan telur kuning dan vanilla ke dalam adunan butter tadi. Gaul rata dan masukkan tepung tadi dan uli sehingga sebati.
Canai adunan mengikut acuan kesukaan dan bakar (try le cari acuan macam jejari tu). Setelah biskut sejuk barulah di salut dengan susu tepung tadi
Nota:
Quaket oat (dalam tin merah ye) di sanggai dahulu sekejap agak2 perang untuk menghasilkan biskut yang lebih ranggup.
100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar, campur & ayak dahulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)