Resepi Biskut Jakarta



Bahan-bahan:

250 gm butter -  jenama Devondale, SCS pun OK jugak. Kalau takde jenama Churn tu pun sedap.
3/4 cwn gula castor
1 -2 sudu lemak sayur - sy letak 1 1/2 je, itu pun dah cukup rangup dah
1 cawan tepung ubi
tepung gandum secukupnya - sy guna low protein flour (khas untuk biskut)

Bahan-bahan inti :

Kelapa kering - saya guna jenama King ( guna 100 gm je, kalau nak lebih kelapa lebihkan sedikit pun takpe)
2 sudu tepung gandum
1/2 cwn gula castor
1 biji putih telur

Bahan hiasan:

Ceri merah atau hijau - ikut suka

Cara2:

1. Pukul seketika butter dan gula. Pukul sekadar ia sebati je.
2. Masukkan lemak sayur dan gaul rata.
3. Masukkan tepung ubi berselang seli ngan tepung gandum.
4. Uli doh hingga tiada tepung yg melekat di mangkuk.
5. Rehatkan doh seketika.
6. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan seperti diatas dan masukkan kedalam paper cup .
7. Untuk inti tadi - pukul putih telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum diikuti dengan kelapa. Gaul rata. Masukkan ke dalam adunan yg telah dibentuk tadi seperti gambar di atas.
8. Bakar pada suhu 150 - 160 c menggunakan api atas & bwh pada 5 minit pertama dan seterusnya api bawah sahaja. Ini untuk mengelakkan kelapa tadi cepat hangus

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...