Resepi Biskut Buah Kana


Bahan-bahannya:

90 g gula aising
150 g mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1 camt vanila
170 g tepung gandum } diayak
100 g tepung jagung }
1/2 camt serbuk penaik}
jem secukupnya

Cara-caranya

1. Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak. Uli perlahan menjadi doh.

2. Kemudian ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan buah kana yang sudah ditaburi sedikit tepung.

3. Ketukkanacuan dan atur biskut atas loyang pembakar yang disapu marjerin.

4. Bakar pada 185 C selama 20-25 min atau hingga masak.

5. Biarkan suam dahulu sebelum disapu jem diatas permukaan biskut tadi.Kemudian tangkupkan biskut yang telah disapu jem diatas sekeping lagi biskut.