Resepi Biskut Lemak



Bahan-Bahan:

½ cawan lemak sayuran
½ cawan mentega
50 gm gula aising
1 biji telur ½ cawan serbuk santan
235 gm tepung berserbuk penaik
90 gm tepung jagung
3 sudu besar jintan manis

Cara:

Putar lemak sayuran bersama mentega, gula aising dan telur hingga ia sebati.

Masukkan serbuk santan bersama tepung berserbuk penaik, tepung jagung dan jintan manis. Uli adunan hingga menjadi doh.

Canai doh 5 mm tebal. Kemudian potong doh segi empat menyerong. Buat hingga habis adunan. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 20 minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...