Resepi Kek Cawan Coklat Kukus



Bahan-bahan untuk resepi kek cawan coklat kukus :

Bahan A

150 gm minyak masak
180 gm susu cair
200 gm gula kastor
220 gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat

Bahan B

50 gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan C

3 biji telur dipukul dengan sehingga kembang

Hiasan Kek

1 bar coklat masakan atau aising kek
Coklat chip atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek cawan coklat

Cara-cara Membuat Kek Cawan Coklat Kukus :


1. Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam sebuah periuk. Kacau semua bahan-bahan itu di atas api secara perlahan-lahan hingga gula hancur. Jangan sampai bahan-bahan ini menjadi mendidih. Angkat dari api dan biarkan suam.

2. Masukkan bahan C iaitu telur yang telah dipukul sehingga kembang tadi dan kacau sehingga sebati.

3. Ayakkan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.

4. Biarkan adunan selama 20 minit.

5. Tuangkan adunan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus sehingga masak kira-kira dalam 20 minit.
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.

6. Selepas masak dan sebagai hiasan boleh cairkan bar coklat dan sapu di atas kek cawan coklat atau sapukan aising kek diatas kek cawan.

7. Letakkan hiasan seperti cip coklat dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...