Resepi Kuih Jongkong


kuih jongkong


Kuih Jongkong Mangkuk
Resepi : Kak Fida@myresepi.com
Sumber : ika Bangkok - Arah dan  Kak Q - Qasehqu Quinnie

Bahan :

 24 mangkuk plastik 100ml

Untuk Lapisan Bawah :
 gula melaka secukupnya dihiris2 halus atau gula merah

Adunan Hijau :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - Mas guna tepung jagung
5 cawan santan cair = ( 100 ml KARA + air )
1 sudu kecil pes pandan
1 sudu kecil air kapur

Adunan Kuning :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - Mas guna tepung jagung
5 cawan santan pekat = ( 400ml KARA + air )
2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning


Cara :

- Letakkan 1/2 sudu besar hirisan gula melaka @ gula merah kedalam mangkuk2 kecil dan ratakan.Ketepikan.

- Campur kesemua bahan hijau,kacau sebati, tapis, kemudian masukkan kedalam periuk dan masak hingga hampir pekat dengan api yg kecil..sentiasa kacau hingga adunan pekat dan likat serta licin yerk atau berkilat dan boleh tuup api. Memang agak letih sikit nak mengacau sebab mengambil masa lama.

-Tuang adunan hijau tadi ke dalam mangkuk yang berisi hirisan gula melaka dan kukus hingga gula mencair dalam 8 minit.

-Sementara itu, campur pula adunan kuning,tapis dan masak hingga hampir pekat, sama seperti adunan hijau tadi dan matikan api.

- Tuang adunan kuning ke atas lapisan hijau dan kukus lagi hingga kuih masak lebih kurang 15 min.

- Keluarkan kuih jongkong dan hidangkan suam atau dingin.

Resepi Kuih Cakoi



Bahan-bahan:

1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 sudu kecil instant yeast
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
3/4 sudu kecil tawas (alum)
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil ammonia atau Nutre Powder (optional)
1 sudu besar minyak
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:

1. Ulikan semua bahan seperti biasa. Uli sehingga lembut adunan doh.
2. Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.
3. Ratakan doh dgn tangan, bentukkan doh tadi panjang-panjang dan biar doh rehat selama 10-15 minit lagi.
4. Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil.
5. Ambil lidi dan basahkan. Letak sekeping doh dan tekan di tengah2 dgn lidi sate.
6. Pegang kedua-dua hunjung dan angkat perlahan-lahan dan masukkan ke dalam minyak yang panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.

p/s:
Doh agak lembut, sila gunakan tepung yang banyak semasa menguli.

Hasilkan Balang Kuih Raya Berhias Sendiri


Sempena sambutan hari raya akan datang, hasilkan balang kuih raya berhias anda sendiri. Berikut tutorial gubahan balang kuih raya yang pernah yang pernah keluar di rancangan Wanita Hari Ini untuk  rujukan..


Kuih Raya 2013


resepi kuih raya 2013


Tahukah anda peniaga kuih raya di seluruh negara dalam diam-diam sedang mengatur strategi pemasaran bagi memenuhi permintaan kuih raya bagi Syawal 2013 ini. Rakan saya ada yang berjaya mendapat jualan kuih raya RM1200 dalam satu malam, ini bukan mustahil.

Bisnes Kuih Raya ini memang boleh buat duit. Serius. Ia sangat berkaitan dengan budaya hidup rakyat Malaysia ketika musim raya. Berikut adalah faktor-faktor yang menjadikan pengusaha-pengusaha kuih raya memperolehi pendapatan lumayan

 - 1/3 daripada tenaga buruh di Malaysia adalah wanita dan mereka ini terikat dengan komitmen kerja dan tiada masa nak buat kuih raya
 
- Terdapat lebih kurang 5 juta unit rumah di Malaysia dan setiap isi rumah perlu disediakan dengan kuih raya sebelum menjelang Syawal.

- Wanita moden yang berkerjaya seringkali dikaitkan dengan tak pandai kurang mahir memasak dan mereka ini ada kuasa beli yang tinggi.
 
- Rakyat Malaysia terkenal dengan tabiat berbelanja habis-habisan ketika musim raya.
 
Adakah anda ingin melepaskan peluang yang datang setahun sekali ini atau anda ingin tunggu sehingga raya tahun hadapan?

Maka, bagi membantu anda sama ada baru nak bermula ataupun ingin kembangkan lagi bisnes anda, izinkan saya perkenalkan..Panduan Bisnes Kuih Raya .

kuih raya 2013


Usahawan Kecil - kecilan Cupcake

Usahawan Kecil


Rahsia usahawan kecil perniagaan cupcake hanya dari rumah menjana pendapatan 4 angka sebulan. Telah ramai usahawan kecil yang berjaya dalam perniagaan cupcake ini menjana pendapatan lumayan. Kenapa ya? Sudah tentu.

1. Anda tidak perlu membayar sewa kedai.
2. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk pemasaran.
3. Anda tidak perlu peralatan yang mahal. Gunakan sahaja apa yang ada dirumah.
4. Dengan Internet, anda boleh mendapat pelanggan yang tidak putus.
5. Setiap bulan pasti ada orang yang melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan.

Ini adalah antara sebab perniagaan cupcake sangat lumayan. Dan sesiapa sahaj boleh melakukannya walaupun tanpa pengalaman perniagaan.

Anda tidak perlu berkursus untuk menjadi seorang usahawan surirumah. Apa yang best, ia langsung tidak menganggu tugasan sebagai surirumah atau kerjaya anda.

Panduan Usahawan Kecil Cupcake Dari Rumah


Usahawan wanita
Usahawan Wanita - Antara pelanggan Puan Shida 


Tip-tip usahawan cupcake

Puan Shida merupakan usahawan kecil juga seorang surirumah. Dengan bermula secara kecil kecilan, perniagaan beliau kini mula dikenali di sekitar Kuala Kangsar dan seluruh Malaysia.

Beliau mendedahkan bagaimanakah untuk memulakan bisnes Cupcake dari rumah berdasarkan pengalaman beliau. Beliau menjana pandapatan sehingga 4 ANGKA menerusi perniagaan cupcake dari rumah ini.

Anda boleh mendapatkan CD Panduan ini menerusi

http://www.buatcupcake.com/

Ia boleh mempercepatkan proses pembelajaran anda. Menerusi CD tersebut, beliau akan menunjukkan

1. Bagaimana membuat kek.
2. Bagaimana membuat krim icing.
3. Mewarna Krim.
4. Membuat dekorasi.

Dan banyak lagi. Ia memang satu panduan lengkap buat mereka yang ingin memulakan bisnes
cupcake dan menjadi seorang usahawan kecil dari rumah secara part time.

Dapatkan segera! Klik sahaja link dibawah ini.

http://www.buatcupcake.com/

Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Salam Usahawan!

Resepi Biskut

Resepi Kuih Lompang




Kuih lompang merupakan salah satu kuih tradisitional yang lazat. Berikut resepi kuih lompang.

Bahan-bahan ( . )

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

Cara-cara

- satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
- satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
- kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
- tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
- kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
- hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.