Biskut Mentega Kacang Rangup


 BAHAN-BAHAN:

1/2 cawan mentega tanpa garam
3/4 cawan mentega kacang
1 cawan gula merah
1 biji telur gred A

1/2 sudu kecil vanila
1 cawan tepung gandum
3/4 sudu soda bikarbonat
Coklat dan coklat urai sebagai hiasan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan oven 1800C dan siapkan dulang pembakar.

2. Krimkan mentega, mentega kacang dan gula. Tambahkan telur dan vanila. Putar dengan kelajuan sederhana. A

3. Ayak tepung bersama baking soda. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.

4. Buat bentuk yang disukai. Bakar dan sejukkan.

5.Cairkan coklat, celupkan sebahagian dari biskut dan taburkan coklat urai di atasnya.