Resepi Biskut Epal


BAHAN-BAHAN:

220 gm tepung gandum
200 gm tepung jagung
200 gm coklat urai
80 gm kelapa kering
1/8 sudu kecil esen epal
250 gm mentega
170 gm gula
4 biji kuning telur
2 biji kuning telur ( untuk hiasan )
Coklat urai dan kelapa kering ( untuk hiasan )

CARA:

1) Adunkan gula, metega, esen epal dan kuning telur hingga sebati.
2) Tepung gandum dan tepung jagung dicampur hingga rata kemudian dimasukkan sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati.
3) Masukkan coklat urai dan kelapa kering kemudian digaul dan diuli hingga menjadi doh yang lembut sebelum dicanai dan diterap dengan acuan penerap bentuk epal.
4) Susun dalam dulang pembakar yang sudah digriskan kemudian sapu kuning telur dan taburkan coklat urai ke atasnya sebelum dibakar dalam ketuhar pada suhu 155C selama 20-25 minit.
5) Bila sudah masak,biarkan betul-betul sejuk baru disimpan didalam bekas kedap udara.