Resepi Biskut Pineapple Flintstone Roll



Bahan A:

120 gm mentega
30 gm lelemak sayuran (crisco)
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar susu manis
50 gm gula aising
1/2 sudu kecil pewarna hijau


Bahan B:

240 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
2 sudu besar bijan
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil emplex

Cara Menyediakan:

1. Pukul mentega, lelemak sayuran dan kuning telur selama tiga minit.
2. Campurkan kesemua bahan B ke dalam bahan A diikuti garam, susu manis, gula aising dan pewarna hijau.
3. Pukul selama dua minit. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
4. Keluarkan dan canai. Terap dengan acuan bulat kecil. Jadikan seperti kelongsong, masukkan inti.
5. Hias dengan ceri merah, sapukan dengan telur dan bakar selama 12 minit pada suhu 175 darjah Celsius.

Bahan Inti:

1 biji limau sunkist - parut kulit dan ambil airnya
2 cawan nanas parut
1 cawan betik parut
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung
5 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga

Cara Menyediakan:

1. Masak betik dan nanas hingga kering airnya.
2. Setelah kering, campurkan gula, air limau sunkist dan kulitnya.
3. Gaul rata, campurkan bunga cengkih, pelaga dan kacau hingga kental.
4. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masuk lagi selama sepuluh minit. Angkat dan sejukkan.
5. Gentel kecil-kecil sebelum dimasukkan ke dalam adunan tepung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...