Resepi Biskut Jantung Hati


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 cawan kelapa kering dalam tin
1 cawan gula halus
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur - dipukul hingga kembang
Mentega secukupnya

Cara Menyediakan:

1. Campurkan kesemua tepung dengan kelapa dan gula.
2. Uli dengan mentega hingga lembut.
3. Masukkan telur, gaul rata dan sebati sehingga membentuk doh.
4. Canai doh terap atau bentuk ikut suka. Bakar hingga masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...