Resepi Biskut Telur Rebus


Bahan-bahan ( anggaran 100 biji lebih.. )

5 biji telor ( di rebus - ambil kuning sahaja - di lecek )
2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung maizena ( dalam kotak )
1 cawan tepung kastad
2 cawan planta
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji kuning telor untuk di sapu diatas biskut
Badam hiris untuk hiasan

Cara-cara

1. Pukul planta bersama gula halus sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanila dan telor rebus yang telah di lecek..pukul lagi sehingga rata.
2. Masukkan tepung kastad dan tepong jagung..masukkan pula tepung gandum sambil di uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan..
3. Canai dan terap mengikut acuan yang di sukai..sapu biskut dengan kuning telor dan hias dengan badam hiris.
4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...