Resepi Biskut German



BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi
125 gram tepung kentang
80 gram tepung halus
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan ( guna 1/2 camca besar ), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar.
3. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit.
5. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....