Resepi Kek Batik Coklat


Resipi Kek Batik Coklat

200 gm digestive biscuits atau biskut marie
100 gm butter
250-300 gm milk chocolate
200 gm / 1/2 tin susu pekat manis
80 gm kacang pistachio (boleh guna kacang lain juga)
80 gm badam yg dibakar
80 gm walnut yang dibakar

Cara-caranya

1. Cairkan coklat, butter dan susu pekat manis secara kaedah double boiling. Kacau semua hingga cair dan sebati.
2. Dalam mangkuk lain, patah-patahkan digestive biscuits dan campurkan dengan kacang-kacang tadi.
3. Bila campuran coklat-butter-susu dah siap, tuangkan ke dalam mangkuk yang mengandungi biskut dan kacang.
4. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Kami gunakan loyang kertas detachable supaya mudah keluarkan kek bila dah keras.
5. Sejukkan kek batik coklat dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga keras dan mudah di potong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...