Resepi Puding Roti Istimewa


BAHAN-BAHAN
4 keping roti
2 biji telur ayam
1 sudu besar butter - cairkan
1/4 cawan gula (equals to 50gram)
235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)

CARA-CARA
1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (saya bakar atas kuali je, takde toaster..huhuhu). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.

2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.

3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.

4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.

5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.

6. Angkat, hidang dan ngap..hehehe.. Sedap di makan begitu sahaja, nak lagi besh boleh makan dengan aiskrim vanilla ataupun vanilla sause.. Yang vanilla sauce ni lain entri..muahaha.. Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...