Resepi Biskut Lobak Merah


BISKUT LOBAK MERAH
Resepi dari Majalah Rasa Ogos 2013

Bahan2
240 gm tepung gandum + 1/2 cawan (jika perlu) (QH guna tepung Red Rose)
250 gm mentega
120 gm gula aising
120 gm kacang badam – dibakar dahulu (QH gantikan dengan kacang hazelnut)
60 gm tepung kastard
1/2 biji lobak merah – diparut (QH letak 60gm)
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna oren secukupnya
Pewarna hijau secukupnya
Coklat masakan oren secukupnya (QH tambah untuk hiasan)


Caranya
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan kacang badam, lobak merah dan tepung kastard.
4. Masukkan pula tepung gandum dan uli sehingga doh menjadi lembut.
5. Ambil sedikit doh dan warnakan dengan pewarna hijau. Doh yang selebihnya pula diwarnakan dengan pewarna oren.
6. Bentuk doh oren seperti lobak merah. (QH timbang setiap doh tersebut 5gm).
7. Hiaskan daun yang diperbuat dari doh hijau di bahagian atas doh oren tadi.
8. Akhir sekali bakar sehingga masak (pada suhu 150C selama 15 - 20 minit) dan simpan di dalam bekas kedap udara. Boleh dihiaskan terlebih dahulu mengikut kreativiti.

Info Chef: Kacang badam/hazelnut hendaklah dibakar terlebih dahulu untuk mendapatkan aroma yang harum.

1 comment:

  1. Good artcile, but it would be better if in future you can share more about this subject. Keep posting. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do's got budget breakdowns for the cheapest places.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...