Resepi Biskut Thumb Print


Resepi Biskut Thumb Print yang sangat mudah tapi menghasilkan biskut yang cantik dan menarik

Masa: Penyediaan: 2 jam 30 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: minit

Jumlah Hidangan : 60 Biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biskut:
170g (3/4 cawan) mentega, suhu bilik
150g (2/3 cawan) gula
1 biji telur, size besar
1 sudu teh esen vanilla
2 ½ cawan tepung gandum
½ sudu teh baking powder
¼ sudu teh garam
Jem strawberry secukupnya

Cara Penyediaan:

Panaskan oven pada suhu 150°C.
Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Tutup doh atau balut dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti ais selama 2 jam.
Keluarkan dan uli doh bulat-bulat kecil sebesar biji guli. Tekan dengan ibu jari membentuk lubang kecil.
Sudukan sedikit jem di atas supaya memenuhi lubang kecil, tetapi jangan terlalu penuh nanti jem akan melimpah apabila dibakar.
Bakar selama 10-15 minit, atau sehingga kekuningan.
Angkat dan sejukkan.

Tips:
Boleh juga gunakan hujung senduk untuk membuat lubang pada bahagian atas doh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...