Resepi Biskut Cendawan


Bahan-bahan:

1 buku butter
3/4 cwn gula kastor
1 cwn tepung jagung
2 1/2 cwn koko krunch - dikisar halus
1/4 cwn kelapa kering
1/4 cwn bijan (aku gantikan dgn oat.bijan takde stok)
2 cwn tepung biskut / tepung gandum
1 biji kuning telur

Hiasan:

coklat masakan
coklat rice (boleh guna flower nibs)

Cara-cara :

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung. Adunkan sebati. Kemudian masukkan tepung gandum sikit2 hingga adunan menjadi doh. Gelek dan terap adunan menggunakan acuan bentuk cendawan. (nak pakai acuan bentuk lain pun boleh juga).

Bakar dan setelah sejuk, celupkan bahagian kepala cendawan ke dalam coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boil. Hiaskan dengan coklat rice. Biarkan biskut dan coklat masakan mengeras di atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.