Biskut Cip Coklat Putih


BAHAN-BAHAN:

1 cawan (250 gm) mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula merah
2 sudu kecil vanila
2 biji telur gred A
2/3 cawan koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
1 cawan cip coklat putih

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 0C.

2. Krimkan mentega dan gula, masukkan vanila diikuti dengan telur satu per satu dan pukul sebentar.

3. Kemudian masukkan koko dan gaul rata. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan garam.

4. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.

5. Gaul rata cip coklat putih. Sudukan satu sudu kecil adunan tadi ke atas dulang pembakar dan bakar sekitar 15-20 minit sehingga masak. Sejukkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...