Resepi Biskut Cincin

Bahan-bahan ( lebih dr 100 biji )

12 oz Golden Churn Butter (or lebih terkenal dgn gelaran Mentega Cap Tong)
4 biji Telur (di rebus dan ambil kuning Telur sahaja)
350 gm Tepung Gandum (sukatan bergantung dgn lembut nya adunan biskut)
Gula Icing secukupnya utk di tabur

Cara-cara
1.Kuning telur dilecek2 sehingga hancur. (saya lecek guna garpu)
2.Kemudian telur yg sudah dilecek tadi di gaul bersama butter. blend hingga sebati.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kuantiti tepung bergantung kepada lembut nya adunan. masukkan tepung sehingga adunan tidak melekat.
4.Canai adunan, kemudian terapkan dgn menggunakan acuan biskut cincin.
5.Bakar selama 20minit atau sehinngga masak. kemudian taburkan gula icing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...