Resepi Biskut Mellow Brownies


Bahan-bahan ( 20x20 cm )

70g butter
130g gula halus
2 biji telur
100g tepung gandum
20g serbuk koko
55g walnuts- potong kecil-kecil
1 bar coklat

Cara-cara

1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
6. Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies.
7. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven dan rata-ratakan.
8. Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...