Resepi Biskut Nestum


Bahan-bahan ( lebih 200 biji... )

375 gm mentega
250 gm gula perang..sub.kan ngan gula pasir leh gak tp kena krgkn
400 gm tepung gandum
225 gm nestum
1/2 sudu teh serbuk penaik
coklat masakan...utk hiasan je....tak letak pon takpela..
Ceri dipotong kecil2..saya saje tambah ni
paper cup secukupnya

Cara-cara

1. Pukul mentega & gula perang hingga kembang.
2. Masukkan tpg gandum, nestum & serbuk penaik. Gaul sebati hingga jd doh...(doh akan jd berderai mcm serbuk gitu)
3. Bentukkan..saya kepal2 boh dlm paper cup je, letak ceri yg dipotong2 atas tu..tekan2 skt bg padat
4. Bakar api sederhana lbh krg 15 minit @ dah kuning2 skt kat atas dia dah masak ler tuh...sejukkan sebelum di hias
5. Untuk hiasan : Double boilkan coklat masakan, paipkan atas biskut..(saya boh dalam plastik, gunting buat lubang kecik & paipkan...tk boh pon takperla, ikut suka lah yea..
6. Simpan dalam bekas kedap udara..biskut ni rangup & kurang manis, resepi asalnya dibentukkan ikut suka..selamat mencuba
7. Saya buat separuh adunan & dapat lebih kurang 170 biji biskut