Resepi Biskut Tembikai


Bahan-bahan:

150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups

Cara membuatnya

Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
Uli perlahan menjadi doh.

Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya) .

Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar.
Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.