Resepi Biskut Tiramisu



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

16 keping biskut marie
20g gula halus
100ml air suam
4 sudu kecil Instant coffee
3 biji(L size) telur kuning
25g halus
150g mascarpone cheese
3 biji(L size) telur putih- sejukkan dalam peti ais
25g gula halus
serbuk koko secukupnya

Cara-cara

1. Asingkan telur putih dan kuning. Masukkan telur putih ke dalam peti ais. Kemudian sediakan sirap dan seterusnya.

2. Sirap: Campurkan gula dan instant coffee ke dalam air suam, kacau dan ketepikan
.
3. Tiramisu: Masukkan telur kuning dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sampai putih. Kemudian letakkan mangkuk ke dalam bekas yang ada air panas(60C-70C). Pukul lagi sehingga kembang. Buangkan air panas.
Masukkan 1/2 mascarpone. Kacau. Masukkan pula yg selebihnya. kacau lagi.

4. Keluarkan telur putih dari peti ais. Pukul sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul sehingga kembang atau bila ditelangkupkan telur putih tak jatuh. Masukkan 1/2 telur putih ni ke dalam mangkuk mascarpone dan kacau. Masukkan pula yang selebihnya. kacau lagi.

5. Letakkan biskut ke dalam bekas. Tuangkan sirap.

6. Ambik biskut bersirap. Susunkan ke dalam bekas segiempat(ex. tupperware). Kemudian masukkan adunan mascarpone.. biar ketinggian 1cm. Ulang pula dengan lapisan biskut dan seterusnya mascarpone.

7. Simpan dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dimakan.

8. Sebelum makan, ayakkan serbuk koko ke atasnya.