Resepi Biskut Green Princess



Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

bahan hiasan :
coklat masakan putih
*saya tambah ngan gula hiasan


Cara-caranya:
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam.Rehatkan adunan seketika
3. Selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Biskut dah sejuk barulah dihias dengan coklat masakan putih dan gula hiasan mcm aku buat tu...
p/s : tp coklat putih ni dia melengas skit la..dan biskut ni pun lembut dan gebu mcm makmur tu... so kena berhati-hati ketika mengendalikannya.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...