Respi Biskut Marble Susu Cappucino


Bahan-bahan:

125 gm mentega lembut
95 gm susu pekat
1/2 sdb gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
1/2 sdk esen vanilla
1 sdb serbuk koko - diayak
1 sdt cappucino emulco

Cara membuatnya:

1. Putar mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga sebati
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)
3. Bahagikan adunan doh kepad 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.
4. Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.
5. Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
6. Susun di atas dulang pembakar, dan leperkan dgn garfu.
7. Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga garing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...