Resipi Kuih Siput




Bahan-bahan

1kg tepung gandum
300gm tepung ubi
2 biji telur
1 sudu makan cili boh
5 sudu makan serbuk kari
1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)
Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)
Garam secukup rasa

Cara-Cara

Campurkan kesemua bahan kecuali margerin dan gaulkan hingga sebati. Kemudian masukan margerin tadi dan uli hingga ianya menjadi doh yang lembut.

Cubit doh sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput.

Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.