Resepi Kuih Lenggang




Bahan-bahan :

Untuk Kulit:

115 gram tepung serbaguna

300 ml air

Garam secukup rasa

3 helai daun pandan

1 biji telur

Sedikit pewarna hijau

Minyak untuk melengser kuali

Inti:

125 gram gula merah / gula melaka (Wlily guna Tate Lyle jer)

1 camca besar gula pasir (sukatan sebenarnya ikut tahap kemanisan masing2)

4 camca besar air

1 mangkuk kelapa parut (agak agak pun boleh)

1 camca besar mentega

Garam secukup rasa

1/2 camca teh tepung ubi dicampur 1 camca besar air

Cara Membuat:


1. Ayak tepung dan garam.

2. Blend daun pandan dan campur air. Tapis dan perah untuk dapat jus pandan. (Sapa yang nak lagi senang, guna jer Pandan emulco, tapi wangi nye tak sama lah ye). Tambah sedikit pewarna hijau.

3. Buat lubang ditengah tepung, masukkan telur dan separuh jus pandan. Kacau dengan seduk kayu sehingga adunan tidak bergentel. Pukul selama 5 minit, masukkan baki jus pandan. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan selama 20 minit.

4. Untuk inti - larutkan gula merah dan gula pasir bersama air dalam kuali, masukkan kelapa parut dan garam. Kacau atas api sederhana sehingga agak kering. Bubuh mentega dan campuran tepung ubi agar intinya bersatu. Angkat dan ketepikan.

5. Lengserkan sedikit minyak di dalam kuali (lebih elok jika lengser dengan daun pandan). Tuangkan sedikit batter ke dalam kuali - bentukkan bulatan nipis seperti pancake. Biar sehingga bahagian bawah keperangan. Angkat dan ketepikan. Isikan dengan inti (bahagian dalam atau bahagian tidak perang) - gulung dengan kemas. Ulangi sehingga batter anda habis.