Resepi Cupcake Strawberry

Bahan-bahan

360gm tepung gandum
240gm Buttercup
160gm gula
4 biji telur gred B
6 biji buah Strawberry (dipotong kecil-kecil)
2 sudu teh serbuk penaik Royal
290ml susu segar Dutch Lady
1 sudu teh pes strawberry
1 sudu teh pewarna pink

Cara-cara
1.Panaskan ketuhar pada 140°C, pusingkan timer ke 10 minit.
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik sebanyak 2 kali.
3.Pukul Buttercup dan gula hingga gebu.
4.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. Pukul telur guna kelajuan minima sahaja..
5.Selang-seli masukkan tepung dan susu segar.  Gaul hingga adunan sebati. Masukkan tepung dan susu selang seli
6.Masukkan potongan buah strawberry, pes dan pewarna sekaligus dan gaul hingga rata.
Masukkan potongan strawberry, pes dan pewarna sekali gus..guna spatula pon boleh
7.  Sediakan acuan kertas, sendukkan adunan hingga memenuhi ¾ acuan. Acuan tak perlu digris..Guna acuan kecil pon okey..
8.Bakar dengan kepanasan 140°C, 10-15 minit.  Selamat mencuba..


http://resepimasakanmudah.blogspot.com/

1 comment:

  1. backlink pada empunya resepi original cupcakes strawberry ni, okey..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...