Video Resepi Biskut Suji Pelangi senang dan sedap! Bahan2 pon sikit jek~
Video Resepi Tart Nenas Gulung
Resepi Tart Nenas Gulung, adalah antara kuih raya yang paling popular dan disukai ramai. Tart ini sangat sedap, gebu dan cair di mulut. Sila tonton video untuk melihat cara-cara membuat Tart Nenas Gulung
Resepi Biskut Jejari Oats
Resipi ini untuk satu adunan yang boleh menghasilkan lebihkurang 50 biji biskut Jejari Oats
Bahan A
225 gm butter
125 gm gula kastor
1 biji kuning telor
1 sdt esen vanilla
Bahan B
20 gm tepung kastard
250 gm tepung gandum
75 gm tepung jagung
100 gm quaker oat atau roll oat
2 sudu besar serbuk coco
Hiasan : 100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar (ayakkan untuk bersatu)
Cara-cara
Putar gula dengan butter hingga sebati
Ayak bersama kesemua jenis tepung dan serbuk koko, masukkan oat.
Masukkan telur kuning dan vanilla ke dalam adunan butter tadi. Gaul rata dan masukkan tepung tadi dan uli sehingga sebati.
Canai adunan mengikut acuan kesukaan dan bakar (try le cari acuan macam jejari tu). Setelah biskut sejuk barulah di salut dengan susu tepung tadi
Nota:
Quaket oat (dalam tin merah ye) di sanggai dahulu sekejap agak2 perang untuk menghasilkan biskut yang lebih ranggup.
100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar, campur & ayak dahulu.
Resepi Biskut Finger Strawberry
Resepi Biskut Finger Strawberry
Bahan A:
125g mentega (guna butter yang baunya wangi. Butter yang wangi menghasilkan biskut yang wangi. Ku guna Butter Choice, kadangkadang Butter Lite. Leh gak guna Farm Cow. Buttercup baunya kureng sikit- pada diriku la)
5g shortening (untuk kerangupan)
75g gula kastor
1/2st strawberry emulco
1/8st pewarna merah/pink
Resepi Biskut Cili @Cabai
Biskut cabai@cili merah
Bahan-Bahan:-
3 cwn ypg gandum
1/2 cwn ypg jagung
1cwn gula halus
1cwn mentega
1 bj telur
pukul mentega+gula sekejap bg sebati shj.madukkn tpg gandum+jagung. kemudian masukkn telur.kacau sebati.. bentukkn menjadi cili. bakar sehingga biskut masak
agar2:
air
agar2 tali
gula pasir
pewarna merah@ hijau
gula batu
Langkah penyediaan :-
*bhn agak2 je lebih pekat dr bt agar2 biasa.
masukkn semua bhn dlm periuk dan masak dgn api kecil.bila dh semua cair. celup biskut cabai td...dan biarkan kering...bila dh kering panaskn periuk agar2 td...dan celup lg seperti td...ulang proses td sehingga warna cantik...bissa 4@5 kali celup br warna dia elok....dh siap proses tu buh tangkai cucuk ngn lidi..hati2 supaya biskut x pecah. simpan dlm peti sejuk...siap...
Pemilik resepi : Shazura Shahril
Group : Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Resepi Biskut Thumb Print
Resepi Biskut Thumb Print yang sangat mudah tapi menghasilkan biskut yang cantik dan menarik
Masa: Penyediaan: 2 jam 30 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 60 Biji
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk biskut:
170g (3/4 cawan) mentega, suhu bilik
150g (2/3 cawan) gula
1 biji telur, size besar
1 sudu teh esen vanilla
2 ½ cawan tepung gandum
½ sudu teh baking powder
¼ sudu teh garam
Jem strawberry secukupnya
Cara Penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 150°C.
Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Tutup doh atau balut dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti ais selama 2 jam.
Keluarkan dan uli doh bulat-bulat kecil sebesar biji guli. Tekan dengan ibu jari membentuk lubang kecil.
Sudukan sedikit jem di atas supaya memenuhi lubang kecil, tetapi jangan terlalu penuh nanti jem akan melimpah apabila dibakar.
Bakar selama 10-15 minit, atau sehingga kekuningan.
Angkat dan sejukkan.
Tips:
Boleh juga gunakan hujung senduk untuk membuat lubang pada bahagian atas doh.
Resepi Biskut Lobak Merah
BISKUT LOBAK MERAH
Resepi dari Majalah Rasa Ogos 2013
Bahan2
240 gm tepung gandum + 1/2 cawan (jika perlu) (QH guna tepung Red Rose)
250 gm mentega
120 gm gula aising
120 gm kacang badam – dibakar dahulu (QH gantikan dengan kacang hazelnut)
60 gm tepung kastard
1/2 biji lobak merah – diparut (QH letak 60gm)
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna oren secukupnya
Pewarna hijau secukupnya
Coklat masakan oren secukupnya (QH tambah untuk hiasan)
Subscribe to:
Posts (Atom)